Monday, November 16, 2009

Cantik di MATA ,Cantik di HATI

Assalamualaikum wbt...bertemu lagi kita...dapatkah semua berkongsi pengalaman bersama saya...tidak kisahlah..samada kisah tentang apa-apa saja..samada kisah pengalaman pekerjaan, kehidupan atau sebagainya...Tapi pada hari ini saya hendak berkongsi pengalaman mengenai topik Cantik di MATA...Cantik di Hati....erm...apa pendapat anda mengenai topik ini...terlalu subjektif bukan!
Namun pada pendapat saya Cantik di MATA ,Cantik di HATI..adalah lebih bersesuaian mengikut keadaan dan waktu.Takrifan jika hendak dikaitkan dengan tingkahlaku...dapat saya katakan di sini lebih ke arah budi pekerti dan tingkah laku yang sopan dan mulia, kebiasaanya perlakuan seperti ini kita dapat nilai dengan mata kasar kita.........Insya Allah jika cantik di mata kita tentang perlakuannya itu Insya Allah, hatinya juga CANTIK! Jika perlakuan yang sebaliknya contohnya memukul kucing sehingga binatang itu mengerang kesakitan...sudah tentu hatinya adalah sebaliknya...Erm...Takrifan jika kita katakan tentang material pula...bagi saya..jika kita suka dan berkenan dengan sesuatu produk sudah tentulah itulah yang akan menjadi pilihan hati kita!dan....akhir sekali sekiranya takrifan ini ingin dikaitkan dengan perasaan maka, apa saja perlakuan yang tersayang sentiasa kena di mata kita..maka sudah tentulah dialah yang akan singgah dan bersemadi di HATI kita!...Jangan lupa berkongsi apajua pengalaman anda bersama saya...semoga semuanya sihat dan bahagia selalu....JAGA DIRI & JAGA PERIBADI!

No comments:

Post a Comment